Assalamualaikum sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi memberikan kita kehidupan yang indah ini :)...
Topik yang ingin saya nyatakan disini ialah berkaitan dengan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah
dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?
Keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah
dan sekolah rendah di Malaysia.
Kanak-kanak
Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan
memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Kesihatan mental kanak-kanak di
Malaysia ketika ini dapat dicorakkan menerusi didikan sejak dari rumah oleh ibu
bapa mereka, sebagaimana dari aspek persekitan mereka iaitu keluarga,
jiran dan rakan-rakan mempengaruhi
kesihatan mentalnya.
Manakala
keadaan mental kanak-kanak sekolah rendah pula, mengikut perubahan persekitaran
tempat tinggal, interaksi bersama rakan-rakan baru apabila menaiki darjah satu
daripada peralihan prasekolah kepada sekolah rendah.
Apa
itu stress ?
Stress
adalah bentuk ketegangan daripada fizikal, psiko, emosi maupun mental. Bentuk
ketegangan ini mempengaruhi kerja seharian seseorang. Bahkan stress dapat membuatkan
rasa sakit dan berlakunya gangguan mental. Pada dasarnya, stress adalah sebuah
bentuk ketegangan iaitu berpunca daripada sesuatu masalah baru yang timbul.
Kanak-kanak
prasekolah mahupun kanak-kanak diperingkat sekolah rendah di Malaysia akan
menghadapi stress mungkin salah satu puncanya dimarahi oleh guru mereka kerana
tidak menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan. Hal sedemikian adakalanya
kanak-kanak tidak suka dimarahi didepan kawan-kawannya menyebabkan dia merasa
malu, seterusnya mengalami masalah stress yang tinggi. Perkara ini mungkin
dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun sebaliknya kotak fikiran
kanak-kanak ini mungkin terganggu.
Walaubagaimanapun
kita perlu membantu kanak-kanak tersebut agar mereka tidak terlalu stress dalam
memikirkan sesuatu hal yang boleh menganggu pemikiran mereka sehingga
terjejas. Oleh itu, kanak-kanak seumpama
permata, malah merekalah yang menceriakan suasana dalam kehidupan kita.
Diharapkan sahabat-sahabat semua sudi memberikan pandangan masing-masing mengenai topik yang saya kemukakan.
:P